lamanya tak update blog....
sejak ada facesibook
memang agak sibuk la...
heheee!
semalam on da way balik KL from Melaka,
kami bertembung dengan 1 kes kemalangan maut, berhampiran susur keluar ke Tampin
di km 224 PLUS
antara sebuah motorsikal dan juga kereta.....
semasa kereta kami menghampiri lokasi kejadian,
kenderaan polis baru je sampai,
beberapa anggota mula buat siasatan....
manakala ambulance hospital Tampin sudah tersedia!
hujan mula renyai-renyai,
mayat yang sudah ditutup plastik hitam diangkat ke tepi......
sebaik mayat diletak di tepi jalan,
hujan lebat pun membasahi bumi!!!
kami melepasi lokasi kemalangan itu
dengan membiarkan polis-polis menyudahkan kerja mereka dalam faktor cuaca yang sedikit menganggu,
sambil berfikir betapa mudahnya nyawa diambil,
teori mama penunggang motor itu dipercayai hilang kawalan
dan melanggar belakang iswara...
kesan kemalangan pada kereta tidaklah teruk/remuk mana, tapi itulah,
bila telah sampai ajal,
pasti akan kembali jua!!
tiada cepat mahupun lewat sesaat....
bulan lalu pun,
kami bertembung dengan kes kemalangan maut di Kemasik....
menjadi 'rezeki' kami menjadi saksi...
mungkinkah ini sebagai tanda ingatan dari Tuhan,
supaya kami lebih bersedia bertemuNya,
mencukupkan bekalan segala,
memperbanyakkan amal ibadah semua,
bertaubat sebaiknya......
mungkin juga kebetulan
sementelah mama bertugas di mahkamah trafik
setiap hari ada saja gambar mangsa kemalangan
dihidang depan mata
yang hancur,
putus anggota,
terbakar hangus tiap satunya
rasa ngeri, loya, kasihan semua ada
moga pengakhiran pengembaraan kita semua
dalam khusnul kh'atimah
amin!
saya balik dr pagoh ptg ahad tu jem teruk pas exit simpang ampat, alor gajah n tampin tu..da la ujan..1st time drive jauh sorg2 malam dalam ujan lebat..
ReplyDelete