Thursday, May 31, 2012

kisah anak dara saya....


anak dara mama masuk 4 tahun dah tahun ni..... 
makin besar, 
makin banyak cakap,
makin banyak kerenahnya


banyak perkara yang buat mama bangga dengan anak mama yang sorang ni.....


salah satunya dia rajin menolong!


kalau mama sibuk kat dapor, 
dia datang dekat dan cakap: mama, saya nak tolom mama, boleh tak? 
pabila mood melayan mamanya datang, 
mama bagi dia sayur, ajar dia kopak daun, patah batangnya, masuk dalam bakul... 
jadi dengan tekunnya dia akan buat sampai selesai!! 
tapi kalau mood mamanya tak berapa baik, 
jangan haraplah mama nak bagi sayur mayur segala 
sebab tak kuasa nak kemas lepas operasi dia yang satu itu! 
memang bersepah segala.....


bila mama sibuk pula menumis, menggoreng sebagainya, 
dia pun sibuk nak tolong masak juga, nak tolong kacau semua... 
tapi yang ni, mama memang tak kasi can tolong la coz amat-amat bahaya..... 


bila mama angkat bakul baju kotor nak bawak ke washing machine, 
dia akan mintak izin nak tolong sama.... 
habis semua baju dimasukkan tanpa disuruh... 
dan kemudiannya tangannya ligat menekan punat kat mesin 
tuk tolong putarkan kain baju tersebut..... 
awak buat mama bangga kakak!


kalau mood dia lagi rajin, 
dia akan tolong mamanya sidai kain, 
dan angkat kain bila kering....... 
lipat kain baju sendiri pun boleh diharap..... 
awak memang amek genetik rajin mama la kakak!!
ahakss....


tapi bila mood malas dia datang, satu hapepun tak boleh harap!!


satu lagi yang buat mama bangga, 
dia sangat protect adik dia... 
sangat sayang adik dia.....


satu petang kat taman mainan, 
ada sorang budak lelaki umur lebih kurang 2 tahun terlanggar fawwaz yang sedang berdiri.... 
terus si kakak menjerit : weiii, apsal buat dia hah!!
terkejut mamanya ini..... 
dia jerit lagi bila budak tu buat doonoo jek
 " weii, apsal buat dia hah!!'... 
aduhlaa kakak!!






p/s: mama sayang sangat kat awak kakak... 
walaupun kadangkala apa yang mintak, mahukan, tak dapat mama sediakan.... 
tapi percayalah, kasih sayang mama tanpa sepadan mahupun batasan pada awak!!


Sunday, May 27, 2012

perkembangan kakak dan adik




gaya mengajinya cukup bersungguh2.... 
moga minatnya mengenal kalamullah akan berterusan sampai bila-bila.....





budak ini pulak mainnya cukup bersungguh2!!
jam sepuloh malam masih ajak mama main lagi...



Wednesday, May 23, 2012

ketiga

memang ramai kawan dan keluarga terdekat yang terkejut dengan perkhabaran baru ini.... tuan punya badan lagilah terkejutnya... 
tidak pernah langsung menyangka secepat ini?
bukan menolak, bukan juga tidak bersyukur
cuma masih dalam mood terkejut... 
sangat-sangat terkejut!


menunggu hadirnya nabihah dulu hampir setahun...
menanti fawwaz juga memakan masa....
sering saja merasa kecewa....
merasa peritnya putus asa....
jadi, 
bila sesuatu yang tidak dijangka berlaku
cukup sudah buat kita terkedu.....


patutlah susu perahan makin berkurangan.... 
dulu dapat hasil 12-15oz sehari, kini makin kecil jumlahnya.... 
tak cukup menampung keperluan fawwaz di sekolah....
patutlah fawwaz selalu 'naik angin' dan buat perangai....
rupanya dia tau ada 'orang baru' nak datang!


dua bulan 'teman baik' tak datang, tiada apa dirasakan...
maklumlah, rekod kedatangannya tiap bulan tak menentu....
kadang datang awal, kadang lambat, kadang tak datang langsung...
relax saja......
self check-up bulan sudah,
satu jalur je timbul, ok no worries...
tetiba semalam hati rasa lain....
lama sangat ni 'teman baik' tak datang
so check lagi sekali, 
tunggu 5 minit terus rasa nak pengsan....
hah! dua line!! 
terkesima.....


malam semalam tak dapat tidur memikirkan hal ini...
rasa kasihan pada fawwaz yang masih kecil....
baru menginjak usia setahun....
yang masih menyusu badan....
mengadu pada ayah: jawabnya, abis tu takkan nak buang?
terus tersedar..... 
seolah-olah tidak bersyukur!


bila difikirkan, rezeki orang takkan sama
ada orang rumahnya besar, 
keretanya mewah,
pangkatnya besar, 
gajinya tinggi
itu bahagiannya.... 
yang mana aku tiada!



yang 'ketiga' ini benar-benar rezeki dariNya.....
dia harta dunia, 
juga saham tuk akhirat....

moga yang 'ketiga' ini akan membesar dengan sihat dan sempurna
Insyallah!


buah hati mama.. sayang selalu!!


 

Tuesday, May 22, 2012

ketiga


bagaimana mahu memulakan bicara?
bagaimana mahu melampiaskan perasaan yang berbaur segalanya?
teruja?
gembira?
sedih?
bercampur semuanya bagai rojak buah!


anugerah ini mahal harganya,
datangnya tanpa diduga, tanpa sengaja, tanpa dirancang
siapakah aku untuk menidakkan kuasa tuhan?
siapakah aku untuk mempersoalkan kehendak Yang Esa?
siapakah aku untuk menolak rezekiNya yang datang?


alhamdulillah ala kulli hal!
moga segalanya berjalan dengan baik, selamat dan sejahtera!


Wednesday, May 16, 2012

pahala seorang isteri

Pahala Seorang Isteri

Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya
 

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 
 

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. h
 

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 
 

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
 
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 
 
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat. 
 
 
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya. 
 

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi. 
 
Memberi/membuat segelas air untuk suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala puasa sunat 1 tahun 
 
Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah.
 
 
p/s:
 
semalam tengok alhijrah tentang kes buang bayi.... 
mama : kes buang bayi ada, buang mak bapak pun ada, kes buang suami ada tak?
ayah : buang suami, buang syurga laa....
terus terkesima....

Wednesday, May 9, 2012

Fawwaz dah setahun pada 25/04/12











happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to fawwaz
may Allah bless u!!


doa mama, ayah juga kakak
moga fawwaz membesar dengan sihat
dipanjangkan umur
dipermudahkan segala urusan dunia 
menjadi anak yang soleh
dan berjaya dunia akhirat!
amin.

samb. kisah cuti itu hari

pagi 23 April, 
2 hari menjelang besday muhammad fawwaz
kami tinggalkan memori indah di B.Tinggi

juga kenangan nabihah & patung besi
 

 
 perjalanan diteruskan dengan menuruni B.Tinggi
berpatah balik ke Kolumpo
tapi singgah dulu di bukit Genting

kakak paling excited sekali datang sini


 dekat 10 kali kot si kakak naik bendalah ni....




 @ Dinosour land....




kesimpulannya
banyak mainan sedang ditutup tuk maintenance
so tak puas sangat dapat main
snow world pun ditutup
skyway pun tak dapat naik
rugi.... rugi....


kami bermalam di 1st world hotel
biliknya ok tapi tak sebest colmar
selak langsir, rupanya mengadap bilik orang!!
suhu? 
berbanding bukit tinggi, 
genting lebih sejuk di malam hari
 makan?
fast food ajelah yang dilayan... 


keesokan hari
on da way balik KL
kami singgah di strawberry farm
bukan cameron je ade strawberry sekarang nih
kebun sayur pun dah banyak di lereng bukit genting
selain strawberry
sempatlah mama borong salad dan tomato cherry





 ewahhh, 
sape suh letak kaki camtu kakak?
sungguh tak soooppaaaannn

kita babai kuda dulu 
sebelum teruskan perjalanan balik rumah



p/s: 
TQ ayah bawak kami jalan-jalan
nabihah & fawwaz sangat enjoy!







Tuesday, May 8, 2012

kisah cuti kami

Tanggal 22 April lepas, 
kami anak-beranak mendaki Bukit Tinggi, Pahang... sebenarnya dah lama kami suami isteri berhajat mengenali B.Tinggi ni... 
tapi mengenangkan beberapa permasalahan masa dan bajet, jadi terpaksa dipendamkan dulu...   
alhamdulillah, 
bila ada rezeki lebih, masa yang sesuai, umur yang panjang, sampai jua kita di sini..... 


kami memulakan perjalanan jam 10 pagi..... 
melalui highway karak, melepasi genting highland dan akhirnya dalam 11 pagi, sudah selamat tiba di destinasi...... dekat sangat dengan KL.


meninjau-ninjau dulu kawasan sekitar sebelum terus mendaki..... 
kami singgah di sini.... 

taman haiwan....

haiwan yang ramainya ialah arnab......



tengok kakak yg takut

arnab yang manja!


puas bermain, 
kami terus mendaki lagi, 
sehingga sampai ke perkampungan jepun...... 
kereta diparkir di bawah bukit, jadi haruslah mendaki dengan tulang 4 kerat ke puncak...... 
3500 kaki dari aras laut.....
rasa nak tertanggal kepala lutut cik yah!


 nabihah dah sampai jepun!!



kami memaaaang pantang jumpa air!!

lepas jalan-jalan satu taman, 
kami singgah di sebuah restoran jepun
dah tengahari pun masa tuh
perot dah lapaaar
bertanya kepada sorang chef berbangsa Melayu di situ
insyaallah halal!
ok, apa lagi
kita makan duluuuu.....


nabihah dengan gigihnya berusaha



first time merasa makanan jepun..... 
ingatkan tak bleh terima dek anak tekak
rupanya sedaaaap jugak! 
harga? RM120 for 3 pax
kita bayar sambil pejam mata! 


dah kenyang,
kami turun bukit jepun tu balik ke kereta
huh mengah mak... 
almaklumlah perot baru diisi....
pemandangan di atas bukit memang best
hijau dan nyaman


kami mula menapak ke colmar tropicale, 
itulah tempat yang dituju
jam 3 petang, kami check in
dapat sebuah bilik yang cantik mengadap padang golf
terus berehat dan melelapkan mata yang mula berat....


sebelah petangnya, 
meninjau kawasan colmar







apa yang menarik di colmar ialah 
seni reka bentuk bangunan yang menyerupai sebuah kampung di Perancis pada kurun ke-16
malamnya ada persembahan kebudayaan masyarakat Rusia

tengokla baju penari kebudayaan yang tak cukup kain tu
harap maklum, penari ni semua omputih

kesimpulan: tarian dorang takdelah berbudaya sangat!!


esok paginya, selepas breakfast
kami mendaki puncak genting pulak....
 babai bukit tinggi